Selasa, 13 Julai 2021

SCAMMER EMAS...Tolong ambil perhatian agar tidak tertipu!

 PENAFIAN TAJAAN OLEH MAKMUR GOLD


Telah tular baru-baru ini tentang sebuah syarikat Jutaemas Global Sdn Bhd yang menggunakan nama Makmur Gold dalam pengiklanan mereka untuk mencari pelabur yang berminat dengan skim ditawarkan.


Pihak Koperasi Makmur Malaysia Berhad dan Makmur Gold menafikan sebarang kerjasama dan memaklumkan tiada tajaan diberi kepada pihak tersebut. 


Semua anggota Ko-Makmur dan pelanggan Makmur Gold diminta berhati-hati serta merujuk sumber yang tepat seperti media sosial dan laman web Makmur Gold sebelum membuat sebarang transaksi dengan mana-mana pihak. 


Pihak Makmur Gold sedang meneliti bentuk tindakan Undang2 termasuk saman kepada pihak yg terbabit. 

sumber: https://www.kosmo.com.my/2021/07/13/makmur-gold-nafi-terbabit-skim-pelaburan-emas-haram/

#scammeralert

#jutaemasscam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan